What's New
Highlights
Face
Body Care
Maternity
Men
Eyes
Lips
Gifts & Sets
ONLINE EXCLUSIVE
Purchase RM480 and build your 3-pc gift.
Spa
Virtual Services
Club Clarins
Tips & Tutorials
Inside Clarins
Our Commitments
Ingredients
CREATE YOUR 3-PC GIFT SET WITH RM480 SPEND | TOP UP TO RM780 & GET 2-PC GIFT
10% OFF YOUR FIRST ONLINE ORDER WITH MIN RM380 SPEND (NO CODE REQUIRED)
FREE DELIVERY WITH ANY ORDER
Your browser's Javascript functionality is turned off. Please turn it on so that you can experience the full capabilities of this site.
Updated as of: April 2017
Dasar Privasi ini boleh digunakan dalam semua perkhidmatan yang disediakan oleh laman web www.clarins.com.my yang dikendalikan oleh, syarikat Clarins (Malaysia) Sdn Bhd. Maklumat Perbiadi yang dikumpul tentang anda dan diproses selaras dengan Dasar Privasi ini dikawal oleh Clarins.
Clarins (Malaysia) Snd Bhd mematuhi prinsip baik yang disediakan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Sila baca Dasar Privasi berikut untuk memahami bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda (seperti definisi di bawah seksyen 2 bersama-sama ini) selepas maklumat dikumpul oleh kami. Sila baca seluruh Dasar Privasi sebelum menyerahkan mana-mana Maklumat Peribadi anda kepada kami.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini pada bila-bila masa, sila hubungi kami melalui Emel.
Dasar Privasi ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh semakan paling terbaru akan terpapar pada halaman ini. Sekiranya terdapat pengemaskinian sedemikian kami akan umumkan notis utama dalam laman Web kami untuk memberitahu anda tantang perubahan tersebut.
“Maklumat Peribadi” yang akan kami kumpul dan proses tentang anda mengandungi mana-mana maklumat yang merujuk anda secara peribadi dan boleh dijana melalui perkhidmatan di atas atau laman web sedemikian tetapi tidak terhad kepada nama, alamat emel dan alamat pos anda (seperti yang diterangkan selanjutnya dalam seksyen 3 bersama-sama ini). Kami mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda apabila anda melakukan yang berikut:
Kami mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda termasuk:
Apabila anda memberikan kepada kami mana-mana Maklumat Peribadi seperti yang dinyatakan di atas, kami menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk:
Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan Clarins, yang bermaksud subsidiari kami, syarikat induk utama kami dan subsidiarinya atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi yang dikumpul melalui laman web dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami berdasarkan pada arahan kami untuk membantu kami mengendalikan laman web, memproses tempahan dan pertanyaan anda atau mengendalikan hubungan pelanggan antara anda dengan kami.
Contoh termasuklah firma analisis data, pakar sokongan pelanggan, emel vendor, dan syarikat hos web. Pihak ketiga sedemikian mungkin diberikan akses terhadap maklumat peribadi yang diperlukan untuk melaksanakan fungsinya tetapi tidak boleh menggunakan maklumat sedemikian selain bagi pihak kami dan selaras dengan Dasar Privasi ini.
Selain itu, dalam keadaan tertentu, anda mungkin ditawarkan peluang untuk memberikan kebenaran akan perkongsian maklumat anda dengan pihak ketiga seperti dalam acara atau promosi yang dianjur bersama. Jika anda memberi kebenaran, kami akan berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga sedemikian dan maklumat yang anda berikan mungkin digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan sendiri dan selaras dengan dasarnya sendiri.
Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi kepada badan kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang, pengganti yang berhak terhadap perniagaan kami, atau yang berkaitan dengan mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang prospektif, atau untuk memulakan, menjalankan atau mempertahankan hak kami di sisi undang-undang (termasuk memberikan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan menghalang penipuan dan mengurangkan risiko kredit seperti yang diizinkan oleh undang-undang). Dalam keadaan ini kami akan memaklumkan anda tentang pendedahan dan entiti yang mana kami telah dedahkan kepadanya Maklumat Peribadi anda.
Apabila anda melihat laman web kami, kami mungkin menyimpan maklumat dalam pemacu keras komputer anda dalam bentuk “kuki” (biasanya fail teks kecil atau GIF tunggal). Kuki membolehkan kami menyesuaikan laman web mengikut minat dan pilihan anda. Misalnya, kuki mungkin mengandungi maklumat tentang halaman web yang anda lawat di laman web, yang membolehkan kami membuat lawatan anda seterusnya ke laman web mengikut kehendak anda. Walau bagaimanapun, kuki tidak memberikan kami akses terhadap maklumat lain dalam komputer anda.
Kebanyakan pelayar Internet membolehkan anda menghapus kuki atau menerima amaran sebelum kuki disimpan dalam pemacu keras anda. Sila rujuk arahan pelayar atau skrin bantuan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang bagaimana hendak melakukan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memutuskan untuk melumpuhkan mana-mana kuki yang kami letakkan dalam komputer anda, anda mungkin tidak boleh lagi menggunakan perkhidmatan atau kemudahan tertentu pada laman web.
Laman web mengandungi hiperpautan dengan laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Laman web ini mempunyai dasar privasinya sendiri dan kami menggalakkan anda menyemaknya. Pihak ketiga akan mengawal penggunaan Maklumat Peribadi yang anda hantar ketika melawat laman web ini. Kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti bagi amalan privasi laman web pihak ketiga sedemikian dan anda menggunakan laman web sedemikian atas risiko anda sendiri.
Kami mengkaji trend pelawat kerana kami memberi perhatian pada penyebaran maklumat yang berjaya melalui laman web. Pelayan kami mencipta fail log maklumat seperti alamat Protokol Internet (IP – Internet Protocol) daripada rangkaian anda, halaman yang dilawat dan tempoh lawatan anda. Perisian analisis digunakan untuk menjana laporan yang membantu kami mengetahui lebih banyak tentang bagaimana kami boleh meningkatkan pengalaman anda dengan laman web tersebut. Maklumat ini tidak digunakan untuk membangun profail peribadi anda. Fail log disingkir secara tetap. Alamat IP ialah nombor tentuan bagi komputer anda yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan Internet anda untuk memberikan akses terhadap Internet. Biasanya, alamat IP akan berubah setiap kali komputer anda disambungkan dengan Internet. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sambungan jalur lebar, ada kemungkinan yang alamat IP yang kami kumpul mengandungi maklumat yang boleh dianggap Maklumat Peribadi. Ini terjadi disebabkan hakikat bahawa dengan menggunakan sambungan jalur lebar tertentu, alamat IP anda tidak akan berubah dan boleh dikaitkan dengan komputer peribadi anda. Kami mungkin menggunakan alamat IP anda untuk mengumpul maklumat agregat yang digunakan. Tetapi kami hanya boleh mengenal pasti anda secara individu jika kami mempunya cara memautkan alamat IP anda dengan anda sebagai pengguna khusus. Ini selalunya memerlukan akses terhadap maklumat tambahan yang kami tidak perlukan.
Selaras dengan undang-undang yang boleh digunakan, anda berhak untuk memohon akses terhadap Maklumat Peribadi yang kami simpan untuk anda, berhak untuk membetulkan mana-mana kesilapan dalam maklumat tersebut, berhak untuk meminta supaya Maklumat Peribadi itu dihapuskan dan juga berhak untuk membantah, apabila diminta dan tidak dikenakan cas bagi pemprosesan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung. Anda juga boleh menggunakan hak tersebut pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di info.my@clarins.com.my
Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima surat berita dengan menekan butang tidak melanggani di pengaki surat berita.
Sekiranya terdapat apa-apa konflik ataupun ketidakselarasan antara Notis Privasi versi Bahasa Inggeris dengan Notis Privasi versi Bahasa Malaysia, Notis Privasi versi Bahasa Inggeris hendaklah didahulukan dan mengatasi Notis Privasi versi Bahasa Malaysia.
Get the latest updates on exclusive offers and product news!